Ruangan About Mampu Memberikan Impak Besar Terhadap Blog ~ kue keju

Rabu, 16 Maret 2011

Ruangan About Mampu Memberikan Impak Besar Terhadap Blog


Menurut Lea Woodward, pautan kedua terbanyak selepas pembaca membaca entri kita adalah ruangan ‘About’, atau biasanya dikenali sebagai ‘Tentang’, ‘Tentang Penulis’, ‘Siapa Saya’ apabila kita melawat blog-blog tempatan.
Hal ini juga turut diakui oleh Chris Brogan di entri blog beliau, yakni ‘About About About’. Ini kerana secara naturalnya, pembaca blog sentiasa mahu tahu, siapakah gerangan di sebalik pemilik blog tersebut. Lebih-lebih lagi apabila setiap entri mereka memaparkan informasi yang baik, lagi bermanfaat.
Ruangan about merupakan ruangan pengenalan diri kita pada pembaca. Fungsi-fungsinya adalah seperti berikut:
  • Menjelaskan kepada pembaca, tentang tujuan blog ditubuhkan.
  • Mendekatkan diri dengan pembaca, menerusi biodata pengenalan diri.
  • Meningkatkan kepercayaan terhadap pembaca, untuk terus kekal menjadi pembaca di blog ini atau sebaliknya.
  • Membina hubungan ‘first impression’ yang baik terhadap pembaca.
Jadi, kita perlu tahu bagaimana untuk memaparkan biodata diri dengan lebih efektif, supaya pembaca terpikat, lalu bertukar menjadi pembaca setia blog. Ini secara tidak langsung, menjadikan blog kita berpengaruh.
Paparkan Gambar Pemilik Blog
Tahukah kita bahawa 65% komunikasi efektif, datang daripada komunikasi berbentuk visual? Hal ini dijelaskan oleh pakar komunikasi jualan, yakni Carmine Gallo. Kata beliau, contoh yang paling baik boleh dilihat adalah menerusi CEO syarikat Apple, iaitu Steve Jobs.
Jika kita lihat, setiap kali beliau mempersembahkan slaid Keynote, hanya imej sahaja yang dipaparkan. Ini kerana beliau tahu, penonton akan berasa lebih teruja jika kita memaparkan imej, berbanding teks yang panjang berjela-jela.
Bagi memberikan first impression yang baik kepada pelawat, maka paparkan gambar kita di bahagian about. Pastikan juga gambar tersebut adalah gambar profesional, dan mempunyai resolusi tinggi. Gambar yang pecah dan kurang menarik, akan mengurangkan minat pembaca untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pemilik blog.
Kekalkan Mantra WIIFM
WIIFM merupakan singkatan kepada Whats In It For Me. Apabila kita menubuhkan blog, apakah kebaikan utama yang mahu diberikan kepada pembaca? Sebagai contoh, jika blog kita adalah blog kesihatan, maka objektif utama blog tersebut adalah:
  • Menyediakan informasi padat dan tepat kepada pembaca, supaya dapat kekal produktif setiap hari.
  • Pembaca berasa motivasi untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
  • Menyediakan pelan tindakan, supaya dapat memudahkan pembaca untuk bertindak selepas membaca.
  • Temuramah eksklusif bersama pakar kesihatan, agar segala soalan mengenai aspek kesihatan, dapat dijelaskan dengan lebih mendalam.
Kita harus nyatakan kebaikan yang akan diperoleh oleh pembaca. Kerana mereka adalah aset, dan mereka yang akan tolong mempromosikan blog kita kelak.
Ubah Ruangan About Hari Ini
Jika ruangan about kita masih lagi tidak diubahsuai seperti cadangan di atas, maka bertindaklah hari ini. Pastikan ruangan tersebut padat, tepat dan fokus pada kebaikan yang akan diperoleh oleh pembaca.
Tentang Penulis
Aqif Azizan merupakan usahawan internet dan penulis sepenuh masa. Beliau kini bertugas sebagai Content Developer & Business Manager di Flarebiz Network, sebuah syarikat teknologi maklumat yang dipelopori oleh usahawan muda.

teetah

0 komentar:

Posting Komentar

 
Powered by Blogger